Monday, 31 October 2011

sambungan Ikhtiar Rawatan Barah @ Kanser

Kaedah Penyediaan dan Penggunaan Bahan
  1. Bacakan kombinasi doa rawatan penyakit barah pada bahan-bahan yang dinyatakan kecuali mangkuk putih. (Peringatan: Jangan sentuh akar rumput sambau dengan tangan setelah doa di bacakan).
  2. Masukkan kapur kulit kerang ke dalam mangkuk putih kemudian tuangkan air. Pastikan kuantiti air tersebut tidak menyebabkan kapur menjadi terlalu cair atau terlalu pekat.
  3. Bancuhan air dan kapur hendaklah dikacau dengan akar rumput sambau iaitu tangan memegang batang rumput sambau manakala akarnya mengacau kapur. (seperti mengacau cat menggunakan berus cat).
  4. Semasa mengacau kapur, bacalah doa yang dinyatakan.
  5. Sapukan bancuhan tersebut di tempat yang sakit dengan menggunakan dengan menggunakan akar rumput sambau.
  6. Sapu bancuhan tersebut berulang-ulang. Lakukan selama 3 hari dengan rumput sambau dan bancuhan kapur yang sama. Selepas 3 hari, hendaklah dibancuh bahan yang baru
 Peringatan Semasa Penyediaan Bahan
  1. Rumput sambau dan kapur kerang terlebih dahulu hendaklah didoakan.
  2. Mangkuk yang digunakan ialah yang berwarna putih tanpa sebarang corak dan tulisan
  3. Rumput sambau yang diambil hendaklah berserta dengan akarnya, muda dan masih baik serta tidak ada tanda dipijak-pijak orang atau diragut binatang.
  4. Kapur kulit kerang dibuat daripada kulit kerang yang telah dibakar dengan api yang kuat.
Bahan Tambahan
  • Bagi tujuan untuk diminum, boleh menggunakan  pokok kenerak. Pokok tersebut hendaklah direbus dengan menggunakan mana-mana bahagian pokok sama ada kayu, daun ataupun akarnya. Penawar ini amat sesuai bagi pesakit yang menghidapi penyakit barah tulang. 
Gambar Pokok Kenerak


Rujukan/Sumber : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2011) Rawatan Penyakit Jasmani (I). Jilid 2. Bandar Baru Bangi. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa' Berhad. 

    1 comment:

    1. saya nak bertnya..mcm mner sy nak dapatkan kapur kulit kerang?saya mencari banyak tempat,tak jumpa

      ReplyDelete