Monday, 6 January 2014

 MAKLUMAN

UST LUTFI PENGERUSI PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA KLIA TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA 5.1.14 JAM 3 PAGI. SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG SOLEH. AMIN. AL-FTIHAH

Tuesday, 1 January 2013

Tuesday, 14 August 2012


IFTOR JAMA'IE BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & SUMBANGAN KEPADA ORANG MISKIN SEKITAR KPG JIJAN


 




            TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA DARUSSYIFA YANG TERLIBAT
DAN SEMUA PENYUMBANG DALAM MAJLIS TERSEBUT

Tuesday, 24 July 2012

PENDINDING DENGAN AL-MUAWWIZAT

Al-Muawwizat bermakna perlindung -perlindung, ia terdiri daripada tiga surah iaitu :-
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Nas
  


Cara beramal dengan Al-Muawwizat adalah seperti berikut:
  •   Unjurkan kaki kearah Kiblat.
  •   Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
  •   Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai.
  •   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
  •   Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruhan       anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  •   Lakukan sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

Berikhtiar,beramal & berserah kepada Allah SWT.

Sunday, 8 July 2012

SESI PUSAT RAWATAN  DARUSSYIFA KLIA SEPANJANG BULAN RAMADHAN :-


SETIAP HARI AHAD SAHAJA
BERMULA DARI JAM 9.00 PAGI - 2.OO PETANG


HARAP MAKLUM

Monday, 31 October 2011

sambungan Ikhtiar Rawatan Barah @ Kanser

Kaedah Penyediaan dan Penggunaan Bahan
  1. Bacakan kombinasi doa rawatan penyakit barah pada bahan-bahan yang dinyatakan kecuali mangkuk putih. (Peringatan: Jangan sentuh akar rumput sambau dengan tangan setelah doa di bacakan).
  2. Masukkan kapur kulit kerang ke dalam mangkuk putih kemudian tuangkan air. Pastikan kuantiti air tersebut tidak menyebabkan kapur menjadi terlalu cair atau terlalu pekat.
  3. Bancuhan air dan kapur hendaklah dikacau dengan akar rumput sambau iaitu tangan memegang batang rumput sambau manakala akarnya mengacau kapur. (seperti mengacau cat menggunakan berus cat).
  4. Semasa mengacau kapur, bacalah doa yang dinyatakan.
  5. Sapukan bancuhan tersebut di tempat yang sakit dengan menggunakan dengan menggunakan akar rumput sambau.
  6. Sapu bancuhan tersebut berulang-ulang. Lakukan selama 3 hari dengan rumput sambau dan bancuhan kapur yang sama. Selepas 3 hari, hendaklah dibancuh bahan yang baru
 Peringatan Semasa Penyediaan Bahan
  1. Rumput sambau dan kapur kerang terlebih dahulu hendaklah didoakan.
  2. Mangkuk yang digunakan ialah yang berwarna putih tanpa sebarang corak dan tulisan
  3. Rumput sambau yang diambil hendaklah berserta dengan akarnya, muda dan masih baik serta tidak ada tanda dipijak-pijak orang atau diragut binatang.
  4. Kapur kulit kerang dibuat daripada kulit kerang yang telah dibakar dengan api yang kuat.
Bahan Tambahan
  • Bagi tujuan untuk diminum, boleh menggunakan  pokok kenerak. Pokok tersebut hendaklah direbus dengan menggunakan mana-mana bahagian pokok sama ada kayu, daun ataupun akarnya. Penawar ini amat sesuai bagi pesakit yang menghidapi penyakit barah tulang. 
Gambar Pokok Kenerak


Rujukan/Sumber : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2011) Rawatan Penyakit Jasmani (I). Jilid 2. Bandar Baru Bangi. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa' Berhad.