Sunday, 22 May 2011

Muqaddimah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w juga kepada ahli keluarga dan keturunan baginda sekaliannya.

          Kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana usaha untuk menerbitkan 'blog' ini akhirnya terlaksana juga. Blog ini diwujudkan bagi memudahkan ahli-ahli Darussyifa' Cawangan KLIA dan juga pesakit-pesakit untuk merujuk dan mencari jawapan bagi masalah atau persoalan yang ada. InsyaAllah.

          Klinik Darusyifa' Cawangan KLIA telah dibuka sejak 3 tahun yang lalu. Klinik ini pada mulanya menumpang di Surau al Hidayah, Persada Damai, Bandar Enstek, Sepang. Kini ia telah berpindah ke Kg Jijan, Nilai, Negeri Sembilan. Bangunan Darusyifa' KLIA dibina di atas tanah wakaf.
Gambar 1: Bangunan Darussyifa' KLIA (pandangan hadapan).
Gambar 2: Bangunan Darussyifa' KLIA (pandangan sisi 1)
Gambar 3: Bangunan Darussyifa' KLIA (pandangan sisi 2).
Bangunan ini dibina bermula pada bulan Februari dan telah siap sepenuhnya pada bulan April. Kini Klinik ini mula beroperasi dengan jumlah perawat seramai 20 orang perawat.

Info tentang Klinik Darussyifa' KLIA:
Hari beroperasi : Setiap hari Ahad
Masa : 9.00 a.m - 12.00 p.m ( Sesi Pagi )
                2.00 p.m - 5.00 p.m ( Sesi Petang )


Selain dari itu, pihak Klinik juga melakukan sesi rawatan rumah.
Sesi Rawatan Rumah : Setiap hari Jumaat
Masa : 7.00pm - 10.00pm ( Maghrib - Isyak)
*sesi rawatan rumah perlulah dimaklumkan kepada SU Klinik. Beliau akan memberikan tarikh untuk sesi rawatan tersebut.

Kepada ahli Darussyifa' turut diadakan Majlis Zikir
Majlis Zikir : Setiap hari Sabtu
Masa : 7.00pm - 10.00pm (Maghrib - Isyak)


          Di Klinik Darussyifa' KLIA tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pesakit-pesakit yang meminta rawatan. Kami hanya menyediakan tabung derma bagi mereka yang ingin menyumbang untuk pembangunan klinik. 

Klinik Darussyifa' KLIA menjual 
  • Air Mineral -  RM 2.00 (1liter) RM 6.00 (5.5liter)
  • Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab' oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din - RM 15.00
  • Buku ' Ruqyah Asas Pengubatan Islam' oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din - RM5.00
  • Siri Pengubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din - RM 100.00
  • Bedak sejuk - RM 3.00
  • Majalah Solusi dan lain-lain.
          Akhir kata, kami berdoa semoga Allah SWT memberi rahmat kepada kita semua khususnya kepada para perawat Darussyifa' Cawangan KLIA agar intiqomah menggalas amanah ini dan didoakan juga semoga Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din sekeluarga dikurniakan afiat dan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Amin.

Sesi Rawatan Klinik : 
Gambar 4: Pengerusi Darussyifa' KLIA, Ust Lutfi
Gambar 5: Naib Pengerusi Darussyifa' KLIA, Ust Haji Yusuf

Gambar 6: Ketua Perawat 1, Ust Mohammad 

Gambar 7: Perawat-perawat Darussyifa' KLIA.










4 comments: