- Bacakan kombinasi doa rawatan penyakit barah pada bahan-bahan yang dinyatakan kecuali mangkuk putih. (Peringatan: Jangan sentuh akar rumput sambau dengan tangan setelah doa di bacakan).
- Masukkan kapur kulit kerang ke dalam mangkuk putih kemudian tuangkan air. Pastikan kuantiti air tersebut tidak menyebabkan kapur menjadi terlalu cair atau terlalu pekat.
- Bancuhan air dan kapur hendaklah dikacau dengan akar rumput sambau iaitu tangan memegang batang rumput sambau manakala akarnya mengacau kapur. (seperti mengacau cat menggunakan berus cat).
- Semasa mengacau kapur, bacalah doa yang dinyatakan.
- Sapukan bancuhan tersebut di tempat yang sakit dengan menggunakan dengan menggunakan akar rumput sambau.
- Sapu bancuhan tersebut berulang-ulang. Lakukan selama 3 hari dengan rumput sambau dan bancuhan kapur yang sama. Selepas 3 hari, hendaklah dibancuh bahan yang baru
- Rumput sambau dan kapur kerang terlebih dahulu hendaklah didoakan.
- Mangkuk yang digunakan ialah yang berwarna putih tanpa sebarang corak dan tulisan
- Rumput sambau yang diambil hendaklah berserta dengan akarnya, muda dan masih baik serta tidak ada tanda dipijak-pijak orang atau diragut binatang.
- Kapur kulit kerang dibuat daripada kulit kerang yang telah dibakar dengan api yang kuat.
- Bagi tujuan untuk diminum, boleh menggunakan pokok kenerak. Pokok tersebut hendaklah direbus dengan menggunakan mana-mana bahagian pokok sama ada kayu, daun ataupun akarnya. Penawar ini amat sesuai bagi pesakit yang menghidapi penyakit barah tulang.
Gambar Pokok Kenerak |
Rujukan/Sumber : Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2011) Rawatan Penyakit Jasmani (I). Jilid 2. Bandar Baru Bangi. Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa' Berhad.